Pew Anugerah Saintis Mamalia Malaysia Fellowship Pemuliharaan Marin 2014

Navigate to:

Pew Anugerah Saintis Mamalia Malaysia Fellowship Pemuliharaan Marin 2014

Press Kit:

Projek akan memberi tumpuan kepada pemahaman ekologi dugong untuk pemuliharaan habitatnya

Louisa Shobhini Ponnampalam, Ph.D., seorang saintis di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Malaysia, dan salah seorang pengasas badan bukan kerajaan The MareCet Research Organization, telah dianugerahkan Fellowship Pew 2014 dalam bidang Pemuliharaan Marin untuk menjalankan kajian ke atas populasi dugong di negara ini. Dugong adalah mamalia marin besar yang menyerupai manatee.

Program Felo Pew dalam bidang Pemuliharaan Marin akan menganugerahkan penerimanya sebanyak AS$150,000 untuk suatu projek selama tiga tahun untuk menangani cabaran pemuliharaan yang menghadapi lautan kita. Sebagai negara membangun, Malaysia sedang melalui pembangunan pesat dan besar-besaran, yang mana kadang kala sesuatu pembangunan tersebut akan memberi impak ke atas alam sekitar marin. Dengan memberi tumpuan kepada pulau-pulau yang terletak di luar pantai timur Johor di Semenanjung Malaysia, penyelidikan Ponnampalam ini akan mengenal pasti kawasan-kawasan kritikal untuk populasi dugong, yang juga berkemungkinan merupakan kawasan populasi terakhir di negara ini, dan penemuan tersebut akan digunakan untuk memperkuatkan cadangan pewartaan kawasan perlindungan habitat dugong.

Learn more about Louisa

"Rumput laut di Malaysia, yang merupakan ekosistem yang penting sebagai habitat dan sumber makanan dugong, dan juga dapat menampung kepelbagaian hidupan laut yang tinggi termasuk sumber makanan laut kita, tidak dilindungi oleh peruntukan undang-undang," kata Ponnampalam. "Projek ini akan membolehkan kita untuk memahami pergerakkan, tingkah laku dugong dan pergantungan dugong pada suatu kawasan tertentu, yang mana penemuan kajian ini akan dapat membantu pihak kerajaan dalam pewartaan kawasan-kawasan habitat penting untuk perlindungan dugong."

Dugong kini disenaraikan sebagai "Vulnerable" (atau mudah terdedah kepada bahaya) dalam Senarai Merah Spesis Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), tetapi populasi dugong adalah sangat terancam, termasuk yang terdapat di sepanjang perairan pantai Malaysia. Mamalia herbivor ini dan habitat rumput laut mereka diancam oleh aktiviti manusia seperti pembangunan pantai, penangkapan ikan, dan kekurangan peruntukan untuk perlindungan habitat.

Sepanjang tiga tahun ini, Ponnampalam akan mengumpul data saintifik dugong dan habitat mereka dengan menggunakan kaedah visual, akustik, dan survei bawah air (underwater). Melalui kerjasama dan interaksi di peringkat antarabangsa, penemuan kajian ini dapat membantu ahli sains lain yang juga bekerja dalam bidang pelindungan dan pemuliharaan dugong.

"Dugong merupakan haiwan yang menarik dan semakin jarang kelihatan, tetapi kebanyakan habitat yang didudukinya tidak dilindungi," kata Joshua S. Reichert, naib presiden eksekutif dan ketua inisiatif persekitaran untuk The Pew Charitable Trusts." Kajian Dr Ponnampalam akan dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai tabiat dan habitat dugong di Semenanjung Malaysia, dan akan menggalakkan pertukaran nota di kalangan saintis di seluruh dunia untuk pelindungan haiwan yang luar biasa ini. "

Ponnampalam merupakan felo penyelidik di Institut Sains Samudera dan Bumi, Universiti Malaya, di Malaysia. Beliau memperoleh BA dalam bidang sains marin di Universiti Hawaii di Hilo, Hawaii dan Ph.D dalam biologi marin di University Marine Biological Station Millport, suatu program daripada Universiti London.

Learn more about Louisa

Program Felo Pew dalam bidang Pemuliharaan Marin telah menganugerahkan 135 biasiswa kepada individu dari 31 buah negara. Projek dana biasiswa bertujuan menangani cabaran kritikal dalam pemuliharaan laut. Melalui proses pencalonan dan semakan yang ketat, satu jawatankuasa yang terdiri saintis terkemuka dalam bidang sains marin antarabangsa akan memilih lima felo marin setiap tahun berasaskan kekuatan projek yang dicadangkan mereka, termasuk potensi mereka untuk melindungi persekitaran laut. Projek baru dan tepat pada masanya, yang juga diterajui oleh profesional cemerlang akan dipilih setiap tahun, dengan mensasarkan individu dalam peringkat pertengahan kerjaya mereka. Program ini diuruskan oleh The Pew Charitable Trusts di Washington, D.C., Amerika Syarikat. Empat Felo Pew yang lain untuk tahun 2014 ialah:

  • Demian Chapman, Ph.D., seorang saintis dengan Pusat Pengajian Marin dan Sains Atmosfera di Universiti Stony Brook, untuk projek penyelidikan baru yang akan menentukan bagaimana peraturan antarabangsa yang digubal baru-baru ini menjejaskan perdagangan sirip spesies yu yang dilindungi.  
  • Stefan Gelcich, Ph.D., seorang pembantu profesor di Pontifica Universidad Catolica de Chile, untuk projek baru yang akan mengkaji insentif sosial dan ekologi yang membolehkan pemerbadanan zon tidak-ambil dalam kawasan perikanan wilayah di sepanjang pantai Chile.  
  • Paul Greenberg, seorang wartawan yang memenangi anugerah dan pengarang buku paling laris New York Times, Four Fish: The Future of the Last Wild Food untuk menyiapkan buku yang memberi tumpuan kepada permintaan manusia untuk asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam makanan laut dan kesannya terhadap kelestarian lautan di dunia.  
  • Hoyt Peckham, Ph.D., perintis pengawasan sosial dan marin yang berpangkalan di La Paz, Mexico, untuk mengembangkan kerja-kerja mengenai galakan insentif kepada perikanan lestari di sepanjang pantai Barat Laut Mexico kepada masyarakat lain di rantau ini dan di seluruh dunia.

Maklumat lanjut tentang setiap felo marin Pew 2014 , termasuk foto dan grafik, boleh didapati di www.pewmarinefellows.org

 

# # # 

The Pew Charitable Trusts didorong oleh kekuatan ilmu pengetahuan untuk penyelesaian masalah yang paling mencabar pada masa kini. Pew menggunakan pendekatan dan analisis yang mencabar untuk meningkatkan dasar awam, kesedaran orang ramai dan merangsang kehidupan sivik.

 

 

 

 

America’s Overdose Crisis
America’s Overdose Crisis

America’s Overdose Crisis

Sign up for our five-email course explaining the overdose crisis in America, the state of treatment access, and ways to improve care

Sign up
Quick View

America’s Overdose Crisis

Sign up for our five-email course explaining the overdose crisis in America, the state of treatment access, and ways to improve care

Sign up
Composite image of modern city network communication concept

Learn the Basics of Broadband from Our Limited Series

Sign up for our four-week email course on Broadband Basics

Quick View

How does broadband internet reach our homes, phones, and tablets? What kind of infrastructure connects us all together? What are the major barriers to broadband access for American communities?

Pills illustration
Pills illustration

What Is Antibiotic Resistance—and How Can We Fight It?

Sign up for our four-week email series The Race Against Resistance.

Quick View

Antibiotic-resistant bacteria, also known as “superbugs,” are a major threat to modern medicine. But how does resistance work, and what can we do to slow the spread? Read personal stories, expert accounts, and more for the answers to those questions in our four-week email series: Slowing Superbugs.